Tuesday 19 September 2017

Gearbox Auto CAMPRO


[edit pada 31 Julai 2017 - konsep "booked & locked" ialah konsep yg diamalkan oleh aku sendiri untuk mengelakkan diri ini dari tertipu / ditipu / dll...oleh itu sesiapa yg tidak bersetuju @ tidak mahu bekerjasama dalam konsep ini, maaf, anda tidak akan dilayan...konsep ini juga adalah untuk melindungi hak-hak aku & pelanggan...dan konsep ini berdasarkan kepada 'siapa yg bayar dulu dialah yg akan diutamakan...sekian, terima kasih...]

[edited on 29 march 2022 - lokasi Pomen Pokok Ceri adalah di IPOH, PERAK...jadi kpd sesiapa yg GOOGLE Pomen On Wheel sila ambil maklum...sekian, terima kasih...] 


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
dan Salam Sejahtera,

Syukur kepada-Mu Ya ALLAH, sekali lagi kami telah berjaya dengan izin-Mu Ya ALLAH...kalini aku operate sensor magnetic gearbox auto kereta kegunaan harianku...dengan bantuan bengkel saudara di Senawang, aku mulakan dengan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Untuk info, semua kereta yg bertransmisi gear auto mempunyai sensor magnetik...sensor ini direka khas untuk memerangkap habuk2 besi yg terhasil akibat dari penggunaan kotak gear auto...tentu semua maklum kn bilamana minyak auto ditukar, kita xpernahpun tengok pomen yg buat penukaran minyak tu tunjuk kat kita apa kerja yg dilakukan...Alhamdulillah saudara aku kt Senawang ni dh tunjuk kt aku cara yg betul untuk servis / operate gearbox auto peringkat asas...asas2 pun ianya adalah satu langkah yg penting demi untuk menjaga kesihatan kotak gear auto tu...sensor ini hanya perlu dibersihkan sahaja setiapkali kita menukar minyak auto...jom layan gambar mana yg ada je ok...


dah terlalu banyak sangat habuk besi yg melekat disitu...

close-up yg xberapa nk cantik...





minyak auto pun dh kotor hitam, huhuhuhu...

pembantu a.k.a Guru, hehehe...




Alhamdulillah, setelah sensor dibersihkan dan minyak auto ditukar ke jenama lain, buatan Malaysia tapi bertoknologi Jerman, dapat dirasakan yg penukaran gear auto menjadi lebih lembuttttttttttt je...sebelum ni ada tersentak2 kekadang tu tapi la ni Alhamdulillah dah hilang dah...terasa macam guna gearbox yg baru je...untuk makluman kereta aku ni ialah Proton Gen2 CamPro tahun 2005...

Ye memang ada yg kata kena tukar filter dlm oilsump minyak auto tu TAPI kereta aku ni oilsump nya terletak di sebelah tepi tayar dan bukannya menghadap ke bawah...yg tukar filter oilsump tu hanya untuk kereta yg oilsump minyak auto hala kebawah...risikonya bila oilsump hala tepi tayar memang boleh klu nk bukak tapi risiko untuk terhentak/tersentuh/terubah dengan sengaja tu memang ada...untuk nak bukak oilsump pasti akan guna skru driver yg diketuk2 dgn penukul...bila dh tersalah ketuk nnt pasti akan terkena pada solenoid2 valve dan bahagian2 yg tak sepatutnya bergegar tu...nnt timbullah pulak error kata minyak tak sampai dan berlakulah pulak gear yg xdapat nak engage...haruuuuu...
Pasti ada yg kata klu xbukak maka xbersihlah...pada aku itu pendapat yg senang sangat nak dipatahkan...ko dah flushing minyak tu bagi kluar sampai kering ko kata xbersih? buat sendirilah ye, aku xnak layan org yg macamtu...
Pasti ada juga yg berpendapat klu nk bukak jugak2, kena turun gearbox la...ko ingat kerja ringan ke nak turun gearbox? Dah tentu2lah upah akan jadi mahal klu nk kena turun enjin gearbox bagai...
Dengan kos yg tidak melebihi RM210, aku dah boleh selamatkan kotak gear auto aku...bayangkan dari aku rugi beribu2 RM bagi kt tokey2 yg memang tunggu2 je duit tu, baik aku buat macamni...sekurang2nya aku dapat jimatkn duit, betul x? So lepasni setiap 15,000 kilometer aku akan buat macamni untuk jaga  kotak gear auto kereta aku, INSYAALLAH...






Ya ALLAH, sesungguhnya aku benar2 bersyukur kepada-MU YA ALLAH...sungguhpun kami ini dilabelkan sebagai Pomen Cap Ayam yg mana kami tidak memiliki sebarang sijil kelayakan, kami tetap berjaya membaikpulih kenderaan ini YA ALLAH...sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa Ke Atas Segala-galanya YA ALLAH...
Syukur Pada-MU Ya ALLAH kerana Engkau telah mempermudahkan urusan tersebut...

Pomen Pokok Ceri @ Atan - 0106315942

4 comments:

zal said...

Terima kasih pada bro atan dan partner.... kereta saya sekarang best.... laju dan tak meragam lagi.... Alhamdulillah... tak sia sia saya ke putrajaya....

Pomen Savvy said...

sama2 Cikgu :)

Unknown said...

Baru td sy tukar filter gearbox auto, sy punya magnet dlm 2 hilng, bahaya dgn gearbox sy klu x pki magnet 2?

Pomen Savvy said...

Unknown,
hilang? pernah bukak ke sebelum ni? ke pernah tukar gearbox recond? mustahil klu hilang magnet tu melainkan bukak barai dan tersalah letak tu hilang...

nak kata bahaya tu mmg ada risikonya...sebaiknya cr ganti je n pasang semula utk mengelakkan kerugian mendatang...